*ira*Assalam..Hai,time cuti nieh boring la plak so kene larh buat benda yang tidak memboringkan kita.Sy skang dah suke bace novel tapi baru bacer 3 buku.. Over plak aku nieh...Hehehe
Sinopsis (Sayang 3 dalam 1)
Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?
Sinopsis (Biarlah YM Berbicara)
Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…
Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…
Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…
Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata.
Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…
Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini….
Sinopsis (Dibius Cinta)
hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil
aku perogol pula.”
Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang
cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin
sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak
sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya
seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan
cinta.
Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan
Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan
yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever
after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula
menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan
mereka?



No comments:
Post a Comment